Along guna khidmat penghantar makanan untuk ganggu penghutang

Gambar hiasan
SINGAPURA: ‘Circuit Breaker’ atau pemutus rantaian wabak bagi membendung penularan COVID-19 ternyata bukan penghalang bagi peminjam wang haram atau along untuk mengganggu penghutang yang culas.
Pihak berkuasa republik itu mendapati semakin ramai along kini menggunakan khidmat penghantar makanan untuk mengugut atau mengganggu peminjam.
Polis Singapura, dalam satu kenyataan semalam, berkata along berkenaan akan menempah makanan dalam kuantiti yang besar atau melakukan tempahan berulang kali untuk di hantar ke rumah penghutang, lazimnya pada lewat malam.
Malah, ada juga yang turut melakukan perkara sama kepada saudara mara penghutang sebagai taktik memalukan mereka untuk memaksa bayaran dibuat.
Menurut polis, taktik itu turut menyebabkan operator makanan dan minuman yang menggunakan perkhidmatan penghantar makanan mengalami kerugian apabila penghutang atau saudara mara mereka enggan membuat bayaran.
Setiausaha Parlimen Kanan bagi Hal Ehwal Dalam Negeri, Amrin Amin, dalam paparan yang dimuat naik di akaun Facebook, menasihatkan orang ramai jangan terlalu mudah terjebak hutang dalam keadaan sekarang.
“Anda akan menerima SMS (khidmat pesanan ringkas), (mesej) Whatsapp atau e-mel menawarkan pinjaman.
“Semua ini adalah ‘scam’ (penipuan) atau ‘scums’ (penyangak)…pemberi pinjaman wang berlesen pun tidak boleh iklankan sebegini,” katanya.
Dalam pada itu, pihak polis turut menahan beberapa suspek yang disyaki meneruskan kerja peras ugut bagi pihak along walaupun republik itu sudah mengisytiharkan tempoh pemutus rantaian COVID-19 berkuat kuasa 7 April lalu.
Selasa lalu, pihak berkuasa menahan seorang perempuan berumur 17 tahun selepas menerima aduan mengenai gangguan along di unit kediaman di Anchorvale Link dekat Sengkang.
Suspek disyaki menyimbah cat pada pintu unit kediaman terbabit selain menulis di dinding premis berkenaan. – AGENSI






















































![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini