Selamat tinggal kota Jakarta
Jakarta – Pemimpin Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) semalam menyatakan beliau akan meneruskan rancangan untuk memindahkan ibu negara berkenaan.
Ketika berucap kepada seluruh rakyatnya, beliau yang popular dengan panggilan Jokowi meminta Parlimen untuk menandatangani satu persetujuan bagi memindahkan ibu negara, Jakarta ke Kalimantan.
Jakarta adalah salah sebuah bandar mega yang paling pantas tenggelam. Pakar alam sekitar memberi amaran bahawa satu pertiga kota itu akan ditenggelami air menjelang 2050 berdasarkan keadaan semasa peningkatan paras air laut, penyusutan simpanan air bawah tanah dan corak ancaman cuaca semasa.
Jakarta juga mempunyai kira-kira 10 juta penduduk dan dikuatiri sebahagian besar daripada mereka berdepan peluang tipis untuk menyelamatkan diri sekiranya keadaan itu berlaku.
“Saya meminta kebenaran anda untuk memindahkan ibu negara kita ke Kalimantan,” kata Jokowi kepada ahli-ahli Parlimen dengan merujuk kepada bahagian Borneo yang dimiliki Indonesia.
“Sebuah ibu negara bukan hanya simbol kepada identiti sesebuah negara tetapi juga mewakili kemajuannya,” menurut beliau.
Jokowi tidak mendedahkan lokasi tepat untuk ibu kota baharu Indonesia atau perincian terkini berhubung bila proses perpindahan akan berlaku.
Bercakap sehari sebelum sambutan ulang tahun ke-74 kemerdekaan Indonesia, Presiden yang dilantik semula itu menyatakan, beliau akan memberi tumpuan pada penggal keduanya untuk mengurangkan karenah birokrasi dan menarik lebih banyak pelaburan asing.
Beliau berazam untuk meningkatkan produktiviti, mengubah Indonesia menjadi hab kenderaan elektrik dan memberi tumpuan untuk meningkatkan kemahiran pekerja di negara yang mempunyai kira-kira 260 juta penduduk. – AFP























































![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini