Lori rempuh traktor, 5 mati, 5 parah

Lima terbunuh manakala lima lagi cedera parah selepas dua lori merempuh sebuah traktor hari ini di wilayah Dak Mik. – Foto VnExpress
HANOI: Lima terbunuh manakala lima lagi cedera parah selepas dua lori merempuh sebuah traktor hari ini di wilayah Dak Mik iaitu kawasan tanah tinggi di tengah Vietnam.
Vietnam News Agency melaporkan, pihak berkuasa memaklumkan kemalangan itu berlaku kira-kira jam 6 pagi berdekatan pasar Central Highland apabila dua lori dari arah yang sama bertembung dengan traktor dari arah bertentangan.
Dua lori itu kemudian terbabas ke laluan tepi jalan dan melanggar beberapa perniagaan kecil serta gerai di sepanjang jalan itu.
Sementara itu, VNExpress melaporkan, salah satu daripada lori berkenaan terbalik selepas merempuh pasar dan melanggar sebuah lagi lori serta beberapa motosikal yang diletakkan di tepi jalan.
Ia kemudian terbabas ke dalam Pasar No.312 dan melanggar serta menghempap , beberapa orang, kebanyakannya peniaga wanita yang sedang menguruskan gerai mereka .
Pengerusi Daerah Dak Mik, Tran Van Thuong, berkata siasatan awal mendapati trak berkenaan hilang kawalan selepas tayarnya pecah .
Polis turut menahan semua pemandu terbabit dan mengambil sampel untuk ujian dadah serta alkohol. – AGENSI






















































![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini