Disebat kerana berzina

Anggota MPU, Mukhlis (tengah) diiringi polis syariah sebelum disebat di khalayak ramai di Banda Aceh, semalam. -Foto AFP
BANDA ACEH: Seorang lelaki Indonesia yang bertugas dengan sebuah organisasi mendraf undang-undang ketat syariah bagi mengarahkan penzina disebat tidak terkecuali apabila dirinya turut dikenakan hukuman itu selepas didapati mengadakan hubungan dengan wanita berkahwin.
Sebatan adalah hukuman biasa untuk pelbagai kesalahan di rantau konservatif Aceh di pulau Sumatera termasuk berzina, minum arak dan mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin.
Aceh adalah satu-satunya rantau di negara majoriti Islam melaksanakan undang-undang syariah, sebahagian perjanjian autonomi 2005 dengan kerajaan pusat yang menamatkan berdekad pemberontakan pemisah.
Semalam, seorang pegawai agama bertopeng mengenakan 28 sebatan ke atas anggota Majlis Ulema Aceh (MPU) dikenali Mukhlis selepas ditangkap berzina dengan seorang wanita berkahwin bulan lalu.
Mukhlis disebat di khalayak ramai di sini, begitu juga pasangannya dikenakan 23 sebatan.
MPU memberi nasihat kepada kerajaan tempatan dan perundangan bagi mendraf dan melaksanakan undang-undang syariah Aceh termasuk sebatan di khalayak ramai namun tidak jelas apa tugas Mukhlis.
Majlis itu menjadi tajuk muka depan akhbar apabila ia mengecam rancangan membentuk pasukan bola sepak wanita kerana Aceh tidak memiliki stadium khas di mana hanya pemain, pegawai perlawanan dan penonton wanita dibenarkan.
Jun lalu, ia mengeluarkan fatwa, menentang permainan dalam talian PUBG atau PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG), mengatakan ia menghina Islam dan menjadikan pemainnya bersikap ganas. -AFP






















































![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
Ulasan Terkini