Lebih 2,000 janin diawet ditemui
Penemuan mengejutkan di rumah seorang doktor di Illinois

 

Dr Ulrich Klopfer meninggal dunia pada 3 September.

CHICAGO – Lebih 2,000 mayat janin diawet ditemui di sebuah rumah milik seorang doktor yang menawarkan khidmat menggugurkan kan­dungan selepas dia meninggal dunia baru-baru ini, kata Pejabat Sherif Daerah Will dalam satu kenyataan akhbar.

Penemuan itu dibuat di daerah Will, negeri Illinois selepas Dr. Ulrich Klopfer meninggal dunia pada 3 September lalu.

Keluarga dan peguam doktor tersebut menemui 2,246 mayat janin diawet itu pada Khamis lalu ketika mereka memeriksa rumah mendiang sebelum memaklumkannya kepada pejabat koroner tempatan, jelas kenyataan itu.

“Keluarga mendiang bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan ini. Tiada bukti menunjukkan sebarang prosedur perubatan (pengguguran) dilakukan di kediaman tersebut,” jelas kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat lalu itu.

Daerah Will terletak kira-kira 72 kilo­meter ke barat daya Chicago. Pejabat koroner berkenaan telah merampas ke­semua mayat janin tersebut manakala siasatan berhubung penemuan itu masih dijalankan.

Klopfer didakwa pernah menawarkan khidmat menggugurkan kandungan sejak berpuluh-puluh tahun lalu di tiga buah klinik di negeri Indiana. Lesen perubatannya ditarik balik oleh lembaga perubatan negeri tersebut pada tahun 2016 kerana melanggar syarat dokumentasi dan gagal menyediakan tahap rawatan munasabah. – Reuters

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture