Lelaki tembak mati bekas isteri diberkas

 

BANGKOK: Seorang lelaki yang membunuh bekas isterinya dan mencederakan seorang lelaki lain di sebuah pusat beli-belah di Bangkok semalam telah ditahan polis.

Lelaki bersenjata itu ditangkap di wilayah lain ketika melarikan diri, kata polis pagi ini.

Dia didakwa dengan niat membunuh dan memiliki senjata haram serta tiga pertuduhan lain.

Dalam kejadian jam 3.15 petang (waktu tempatan) semalam, lelaki bersenjata itu menyerbu klinik kecantikan di Century The Movie Plaza berhampiran Victory Monument di Daerah Ratchadewi dan melepaskan sekurang-kurangnya tujuh tembakan ke arah bekas isterinya yang berusia 28 tahun.

Ia berlaku 10 hari selepas kejadian tembakan rambang besar-besaran oleh seorang anggota tentera dikenali sebagai Sarjan Mejar Jakrapanth Thomma, 32, di pusat beli-belah lain di Nakhon Ratchasima, timur laut Thailand yang membunuh 29 orang termasuk polis dan pegawai tentera selain 58 yang lain cedera.

Dia ditembak mati oleh pasukan keselamatan selepas lebih 12 jam bersembunyi di pusat beli-belah itu. – AGENSI

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture