Lima maut 100 yang lain cedera dipanah petir


Para penyelamat mengangkut mangsa sambaran petir di Pegunungan Tatra Poland (Getty)

WARSAW, Poland – Sekurang-kurangnya lima orang termasuk dua kanak-kanak terkorban kelmarin, manakala lebih 100 lagi cedera dalam kejadian ribut petir yang berlaku secara tiba-tiba di kawasan pergunungan Tatra di Poland dan Slovakia, kata beberapa pegawai dan pekerja penyelamat.

Kebanyakan mangsa berada di sebelah Poland. Petir menyambar sebuah salib logam di puncak Gunung Giewont dan rantai logam berhampiran puncak tersebut, kata anggota penyelamat. Seorang mangsa maut di Slovakia.

“Terdapat banyak insiden melibatkan petir me­nyambar hari ini (kelmarin) di kawasan pergunungan Tatra,” kata Ketua Perkhidmatan Penyelamat Gunung, Jan Krzysztof kepada agensi berita Poland, PAP.

“Lebih daripada 100 orang cedera,” kata Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki pula selepas tiba di bandar peranginan Zakopane, dekat lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat percaya ramai pendaki berada hampir dengan salib tersebut di puncak Gunung Giewont ketika petir menyambar.

Pendaki-pendaki tersebut mula memanjat gunung tertinggi di Poland itu ketika cuaca kelihatan cerah pagi kelmarin. – AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture