Radar kesan bunyi, saman motosikal bising di kota Paris

Sebuah “radar bunyi” yang baru dipasang, alat pengukur yang dapat mengukur dan mengesan bunyi dari kenderaan yang bergerak serta mendaftarkan plat lesen mereka, dilihat di Villeneuve-le-Roi, sebuah bandar bersebelahan lapangan terbang Paris Orly, Perancis, Ogos 30, 2019. REUTERS / Charles Platiau
PARIS – Motosikal dengan ekzos bingit di kawasan perumahan awam sehingga mengejutkan anak kecil mungkin senario yang tiada lagi di Perancis pada masa akan datang.
Sebuah kawasan di pinggir kota raya Paris ini menguji sistem baharu bagi mengenal pasti kenderaan bising dengan mengesan kedudukannya dan secara automatik mengeluarkan saman terhadap pemilik.
Peralatan itu yang digelar Datuk Bandar Paris, Didier Gonzales sebagai ‘radar bunyi,’ dipasang pada sebuah tiang lampu di tengah pekan Villeneuve-le-Roi, bersebelahan Lapangan Terbang Orly di Paris.
Sistem itu akan diaktifkan sebaik sahaja rang undang-undang baharu bagi penggunaannya diluluskan, kata Gonzales.
Radar itu dihubungkan pada sistem televisyen litar tertutup (CCTV) polis yang akan mengesan sumber bunyi bising dan secara automatik mengeluarkan saman terhadap pesalah.
“Bunyi bising adalah masalah kehidupan zaman moden dan isu besar terhadap kesihatan. Ia menyakiti orang awam seperti mana asap rokok sekunder,” tegas Gonzales yang turut mengepalai agensi pencemaran bunyi, Bruitparif.
Rang undang-undang itu dijangka dibentangkan untuk undian pada musim luruh tahun ini dan bakal memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan menguji sistem berkenaan bagi merekod dan mendenda pemilik kenderaan yang melangkaui had bunyi ditetapkan.
Perancis sudah mempunyai undang-undang yang mengehadkan bunyi bising kenderaan tetapi penguatkuasaannya agak sukar kerana bergantung sepenuhnya kepada anggota polis untuk menahan setiap pesalah terbabit.
“Kami tiada masalah dengan kereta Ferrari atau motosikal Harley Davidson, tetapi pemiliknya kadangkala suka menunjuk-nunjuk dengan membunyikan enjin kenderaan mereka sehingga mengganggu penduduk setempat,” tegas seorang pegawai pentadbir di pekan tersebut. – Reuters






















































![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
Ulasan Terkini