Sony cipta penyaman udara peribadi

Peranti bluetooth (kanan) tersebut bersaiz kompak, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Tokyo, Jepun. – Gergasi elektronik Jepun, Sony membiayai rekaan alat penyaman udara mudah alih bersaiz kad bank yang meniup angin sejuk pada badan pengguna, lapor akhbar Daily Mail.

Dinamakan Reon Pocket, peranti bluetooth itu menggunakan penyejuk termoelektrik pada musim panas. Alat itu juga boleh digunakan untuk memanaskan badan ketika musim sejuk.

Ia diletakkan di dalam poket baju dalam khas pada pangkal leher pemakainya dan bersambung dengan sebuah aplikasi yang boleh dikawal menggunakan telefon pintar.

Sony menyatakan, penyaman udara peribadi itu boleh mengurangkan suhu badan pengguna sebanyak 13 darjah Celsius.

Ketika musim sejuk pula, peranti sama boleh memanaskan suhu badan pengguna sehingga 8 darjah Celsius, demikian menurut Sony.

“Alat ini dapat mengurangkan ketidakselesaan disebabkan pelbagai suhu seperti pada musim panas, suhu panas di dalam kereta api yang penuh dengan penumpang, semasa berada di luar rumah pada musim sejuk dan lain-lain,” tambah firma Jepun tersebut.

Bagaimanapun, alat penyaman udara itu akan dilancarkan di Jepun sahaja buat masa ini.

Ia disokong oleh sistem operasi iOS dan Android, mempunyai jangka hayat bateri selama 24 jam dengan tempoh cas dua jam. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture