6,000 orang ambil polisi insurans penculikan makhluk asing

ST.Lawrence menunjukkan polisi insurans yang disediakan Agensi Saint Lawrence di Altamonte Springs, Florida kepada pelanggan yang berminat.

Altamonte Srings, Florida – Lebih 6,000 orang mengambil polisi insurans penculikan makhluk asing yang menawarkan pampasan keseluruhan bernilai £8 juta, lapor akhbar Daily Mail.

Insurans pelik itu yang disediakan oleh Agensi Saint Lawrence di sini, menjanjikan perlindungan pelanggan bagi tapak luar biasa seperti Area 51.

Ia menawarkan perlindungan dengan premium sekali bayar sebanyak AS$24.95 (RM102.80), manakala syarikat itu akan menghantar salinan polisi yang dibingkaikan. Salinan digital pula berharga AS$19.95 (RM82.20).

Bagaimanapun, terdapat syarat yang dikenakan kepada pelanggan iaitu syarikat tersebut hanya akan membayar pampasan AS$1(RM4) setahun bagi tempoh 10 tahun hingga 20 juta tahun.

Mike St. Lawrence yang memiliki firma tersebut berkata, peningkatan minat terhadap perkara ganjil seperti makhluk asing berlaku selepas sebuah laman Facebook menggesa orang ramai untuk menyerbu pangkalan tentera udara Amerika Syarikat, Area 51 di sebuah gurun di negeri Nevada, baru-baru ini.

PANGKALAN tentera Area 51 yang terletak di Nevada.

Ia mengajak orang ramai untuk berkumpul pada 20 September ini di kawasan tarikan pelancong, Pusat Makhluk Asing Area 51 dan berbincang mengenai cara serbuan yang akan dilakukan.

St. Lawrence berkata: “Saya tidak mahu menipu wang orang ramai.”

Mereka yang datang menemui saya, sekiranya saya berasakan mereka tidak memahami terma dan syarat yang dikenakan atau menganggap bahawa ini adalah satu gurauan, saya tidak akan menjual polisi ini kepada mereka.”

Bercakap kepada akhbar Daily Mail, St. Lawrence berkata, dua orang telah mengemukakan tuntutan setakat ini, malah seorang daripada mereka menghantar gambar Polaroid bagi sesuatu yang didakwanya sebagai makhluk asing.

“Saya memberitahu bahawa kami telah memulakan bayaran satu dolar setahun untuk tempoh 10 tahun, sebelum kami terputus hubungan dengannya,” kata St. Lawrence. 
– Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture