Tergamak rogol sepupu meski baru dibebaskan dengan ikat jamin kerana rogol teman wanita

Gambar Hiasan

SINGAPURA: Seorang lelaki yang merogol sepupunya semasa dibebaskan dengan ikat jamin atas tuduhan merogol bekas teman wanitanya dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun, sembilan bulan dan dua minggu pada Khamis (3 Okt).

Pesalah itu, yang identitinya tidak boleh didedahkan atas arahan makamah, juga akan dirotan sebanyak enam kali.

Dia merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan, kata peguamnya Wee Pan Lee, yang meminta agar anak guamnya menjalani latihan pemulihan.

Lelaki itu dijatuhi hukuman tersebut tiga hari sebelum menyambut ulang tahunnya yang ke-21. Pihak pembela menyatakan kedua-dua pihak sudahpun berusaha untuk menghuraikan kes berkenaan sebelum ini.

Para pesalah yang berusia 21 tahun dan ke atas tidak layak menjalani latihan pemulihan.

Pada bulan lalu, lelaki itu mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol dan satu tuduhan bergaduh dalam kes berasingan. Lagi tujuh tuduhan turut dipertimbangkan.

ROGOL BEKAS TEMAN WANITANYA PADA USIA 17 TAHUN

Lelaki itu merogol bekas temanitanya, yang berusia 17 tahun ketika itu, di dalam bilik tidurnya pada November 2015. Semasa insiden tersebut, anggota keluarganya turut berada di dalam rumah.

Lelaki itu juga berusia 17 tahun semasa merogol bekas teman wanitanya.

Semasa dibebaskan dengan ikat jamin dan menunggu untuk mendaftarkan diri bagi Perkhidmatan Negara (NS) setahun kemudian, dia merogol sepupunya yang berusia 16 tahun.

Dia kemudian memberitahunya supaya jangan membuat aduan polis kerana dia sedang disiasat bagi kes pertama.

Timbalan Pendakwa Raya Mansoor Amir meminta agar dia dijatuhi hukuman penjara selama sekurang-kurangnya tujuh tahun dan dirotan enam kali.

Encik Mansoor berkata, tertuduh adalah seorang yang keras kepala yang melakukan kesalahan serius dan kejam.

Pihak pembela sebaliknya menggesa agar dia menjalani latihan pemulihan, sambil mengatakan ia akan mencegah pesalah daripada melakukan kesalahan itu lagi dan pada masa yang sama, memulihkannya.

Bagi setiap tuduhan merogol, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda atau dirotan.

Bagi tuduhan berkelahi, dia boleh dipenjarakan sehingga setahun, dikenakan denda maksimum sebanyak S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

– CNA

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture