Anak gajah dilepaskan ke hutan pulang ke pangkuan penjaga

ANAK gajah Chabakeaw dirakam berbaring di atas riba seorang penjaga untuk tidur di Bueng Kan, Thailand baru-baru ini.
Anak gajah berusia dua tahun yang dinamakan Chabakeaw itu ditemui terperangkap bersendirian di dalam lumpur pada 4 April lalu dan diselamatkan oleh pegawai hidupan liar.
Selepas lima bulan dijaga, jabatan tersebut memutuskan untuk melepaskannya kembali kepada keluarganya pada 18 September lalu.
Bagaimanapun, pegawai jabatan berkenaan mendapati anak gajah itu sekali lagi ditinggalkan keluarganya pada 20 September lalu kira-kira 1.6 kilometer daripada lokasi ia dilepaskan.
Anak gajah itu kemudian dibawa kembali ke pusat jagaan tersebut. Satu rakaman pada Jumaat lalu menunjukkan saat menawan hati Chabakeaw dilihat duduk di atas riba seorang penjaganya untuk tidur.
Pakar gajah dari Suruhanjaya Kesinambungan Hidup Spesies bawah Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN), Pichet Noonto berkata, anak gajah itu gagal menyesuaikan diri dengan kawanannya selepas ditinggalkan ketika masih kecil.
“Kami percaya anak gajah itu tidak diterima kembali ketua kawanan disebabkan ia dibesarkan oleh manusia selama lebih lima bulan. Chabakeaw akan berdepan masalah menyesuaikan diri dengan tingkah laku gajah liar, menyebabkan ia tidak diterima,” katanya.
“Kami akan menjaganya sementara merancang masa depannya tetapi menghantar pulang kepada keluarganya mungkin bukan lagi salah pilihan yang ada,” tambahnya. – Agensi






















































![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini