Tiga maut dihempap runtuhan cenuram

ANGGOTA penyelamat meninjau lokasi runtuhan cenuram di Pantai Grandview Surf, bandar Encinitas di California kelmarin.

Los Angeles. – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh selepas sebahagian daripada ce-nuram batu pasir runtuh lalu menghempap beberapa pengunjung di pantai California kelmarin, kata pihak berkuasa.

Insiden itu berlaku berhampiran sebuah tangga menuju ke Pantai Grandview Surf, utara San Diego.

Jabatan Syerif Daerah San Diego menyatakan seorang mangsa terbunuh dan pentadbiran Bandar Encinitas kemudian memuat naik status di Twitter mengatakan dua daripada tiga mangsa yang dibawa ke hospital sudah meninggal dunia.

“Pengunjung pantai ha-rus berwaspada ketika melawat kawasan pantai,” me-nurut pentadbiran Bandar Encinitas di Twitter.

Sekurang-kurangnya dua lagi mangsa berjaya di-selamatkan daripada sisa runtuhan selepas terpe-rangkap, kata pegawai Jabatan Syerif Daerah San Diego, Leftenan Ted Greenawald.

Kapten pengawal pantai Encinitas, Larry Giles memberitahu pembe-rita bahawa anggota penyelamat bersama anjing pengesan giat melakukan pencarian untuk kemungkinan masih ada mangsa lain. – AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture