ASEAN bertegas isu sisa sampah

SEBAHAGIAN delegasi berkumpul untuk sesi fotografi selepas Forum Serantau ASEAN ke-26 di Bangkok kelmarin.

Bangkok. – Blok Asean, terdiri daripada 10 negara anggota, mengulangi kesediaan untuk bekerja dengan komuniti antarabangsa bagi meningkatkan kerjasama menghentikan trafik haram pergerakan bahan kimia dan sisa berbahaya rentas sempadan.

Seorang pegawai membuka pintu kontena yang dipenuhi sisa plastik yang diimport secara haram di Pulau Batam, Indonesia pada 29 Julai lalu.

Menurut satu kenyataan bersama, menteri-menteri luar ASEAN menyatakan kebimba-ngan terhadap ancaman dan kesan buruk terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar akibat peningkatan haram pergerakan bahan kimia dan sisa lain me-rentas sempadan ke rantau ini.

“Kami menolak pergerakan bahan sisa merentas sempadan ke rantau ini secara haram, menekankan bahawa semua negara harus mengambil langkah pengurusan alam sekitar bagi sisa kimia dan berbahaya dalam bidang kuasa masing-masing,” katanya.

Kenyataan berjudul Illegal Trans-boundary Movement of Hazardous Waste and Other Wastes in Southeast Asia di-siarkan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-52/Pasca Persidangan Menteri dan Mesyuarat Berkaitan (AMM/PMC 52)

Ia dikeluarkan selepas negara anggota ASEAN menerima ba-nyak kontena mengandungi sisa, termasuk toksik sejak beberapa bulan lalu.

Beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia, Filipina, Kemboja dan Indonesia menjadi tempat pembuangan sampah oleh negara-negara kaya.

Pada bulan Mei lalu, Malaysia mengumumkan kiriman balik 3,000 tan sisa plastik ke negara asal.

Filipina pada Jun lalu menyatakan pihaknya akan melantik sebuah syarikat perkapalan swasta untuk memulangkan 69 kontena sampah ke Kanada dan meninggalkan kiriman dalam kawasan perairan negara itu jika ia enggan menerimanya kembali.

Kemboja menyatakan ia akan menghantar pulang 1,600 tan sisa plastik haram yang dijum-pai dalam kontena kapal.

Bulan lalu, Indonesia memulangkan tujuh kontena berisi sisa haram ke Perancis dan Hong Kong dari pelabuhan Pulau Batam. – Bernama

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture