Bencana Bandar Palu dalam ingatan
Solat jemaah dan doa diadakan bagi memperingati mangsa gempa, tsunami

(Gambar: AFP)
PALU – Indonesia semalam menyambut ulang tahun pertama bencana berkembar tsunami dan gempa bumi yang meranapkan bandar Palu dan mengakibatkan lebih 4 ribu mangsa terkorban.
Solat berjemaah dan doa diadakan bagi memperingati semua mangsa korban kejadian gempa bumi sekuat 7.5 pada skala Richter dan bencana banjir selepas itu yang memusnahkan sebahagian besar bandar pesisir pantai di Kepulauan Sulawesi pada September tahun lalu.
Seramai 4 ribu 3 ratus mangsa disenaraikan sebagai terbunuh atau hilang dengan hampir enam puluh ribu lagi penduduk hidup di tempat penempatan sementara selepas kediaman mereka musnah, menurut Persatuan Palang Merah.
Impak bencana menyebabkan keseluruhan kawasan kejiranan menjadi mendatar akibat pencecairan, satu proses apabila tanah seolah-olah bertukar menjadi suatu cecair dan mula menelan permukaan tanah seperti pasir jerlus.
Kesan gempa dan tsunami juga memusnahkan bot-bot perikanan, premis perniagaan dan sistem saliran dan menjejaskan pendapatan penduduk setempat.
Proses membina semula masih perlahan dan ramai lagi penduduk menetap di penempatan sementara. Beratus-ratus sekolah rosak di seluruh wilayah berkenaan dan masih belum dibaik pulih.
Banyak yang terjejas teruk dan terlalu bahaya untuk digunakan, memaksa kanak-kanak meneruskan pembelajaran dalam kelas sementara secara bergilir-gilir kerana tempat terhad’, menurut pertubuhan kemanusiaan Save the Children semalam.
Sebelum ini, Bank Dunia menawarkan pinjaman AS$1 bilion kepada Indonesia untuk membangunkan semula bandar berkenaan.
Indonesia adalah antara negara di dunia yang terdedah kepada pelbagai bencana disebabkan kedudukannya dalam Lingkaran Api Pasifik.
Negara gugusan Asia Tenggara itu memiliki lebih seratus gunung berapi, termasuk salah satu yang meletus antara Pulau Jawa dan Sumatera pada tahun 2018 dan tsunami yang mengorbankan lebih 4 ratus orang. – AFP






















































![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
Ulasan Terkini