Beratus-ratus jemaah haji cemas
Boeing 747 dari Jeddah mendarat cemas di Nigeria akibat masalah enjin

Max Air
MINNA, Nigeria – Sebuah pesawat dua tingkat yang membawa jemaah haji pulang dari Jeddah, Arab Saudi terpaksa mendarat cemas di sebuah lapangan terbang di Nigeria pagi kelmarin, lapor akhbar Daily Mirror.
Pesawat itu dilaporkan membawa kira-kira 600 orang apabila ia cuba mendarat dan tergelincir di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Minna di sini.
Penumpang yang ketakutan bergegas meninggalkan pesawat Boeing 747 Jumbo Jet itu yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Max Air, lapor beberapa laman web pemantau penerbangan.
Pesawat itu didakwa mengalami kerosakan mekanikal pada salah satu daripada empat enjinnya ketika menghampiri lapangan terbang tersebut.
Seorang saksi memberitahu akhbar tempatan, The Nation bahawa tiada siapa yang cedera atau terkorban tetapi penumpang rata-rata terkejut selepas menyelamatkan diri daripada pesawat tersebut.
Sebahagian daripada landasan turut rosak dan serpihan enjin bertaburan susulan insiden tersebut, lapor akhbar berkenaan.
Seorang pegawai lapangan terbang tersebut memaklumkan kepada The Nation bahawa bencana itu mungkin lebih teruk sekiranya berlaku kebakaran memandangkan mereka tidak mempunyai pasukan bomba sendiri.
“Jika pesawat itu terbakar, api mungkin merebak ke seluruh lapangan terbang kerana kami tidak mempunyai jentera bomba di sini,” jelas pegawai tersebut.
Laporan oleh sebuah akhbar tempatan lain, The Punch pula menyatakan sekurang-kurangnya 550 jemaah haji berada dalam pesawat berkenaan apabila ia mendarat cemas kira-kira pukul 5 pagi (waktu tempatan).
“Saya tidak pernah melihat insiden seperti ini sepanjang hidup saya. Hanya Tuhan dan Tuhan sahaja yang menyelamatkan kami semua daripada bencana besar,” kata seorang lagi pegawai lapangan terbang itu kepada The Punch.
Pihak berkuasa Nigeria telah memulakan siasatan ke atas punca kemalangan tersebut. Max Air pula belum mengeluarkan sebarang kenyataan setakat ini.
Berpangkalan di Kano, Nigeria, Max Air merupakan sebuah syarikat kecil yang menguruskan penerbangan domestik serta beberapa destinasi lain di Asia Barat. – Agensi






















































![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini