Hotel terapung inspirasi filem James Bond

PANDANGAN udara menunjukkan sebuah hotel terapung berbentuk pod di Paris, Perancis. – AGENSI

PARIS – Peminat James Bond kini berpeluang untuk tinggal di suite sebuah hotel terapung yang diinspirasikan daripada watak ejen perisik terkenal tersebut, lapor akhbar The Sun.

Bagaimanapun, individu yang ingin menginap di hotel berbentuk pod berkenaan perlu mengeluarkan wang sebanyak AS$517,000 untuk membelinya.

Dinamakan Hotel Anthenea, penginapan mewah itu memiliki keluasan 4.6 meter persegi serta mempunyai pemandangan 360 darjah termasuk melihat hidupan laut.

Ia dilengkapi katil bersaiz king serta tab mandi yang boleh diisi dengan air tawar atau air laut.

Hotel itu juga didatangkan dengan ruang lounge serta bilik sarapan, malah bilik tersebut boleh diakses dari bahagian bawah jika penginap ingin berenang.

Seramai 12 orang boleh berada di Hotel Anthenea itu pada satu-satu masa.

Hotel itu direka oleh arkitek Perancis, Jean-Michel Ducancelle yang mendapat idea membinanya selepas menonton filem James Bond:The Spy Who Loved Me pada tahun 1977. – Agensi

Arkitek Perancis Jean-Michel Ducancelle diilhamkan oleh James Bond dari usia muda
Kredit: Cover Images

Anthenea adalah inspirasi dari filem James Bond 1977: Credit : Cover Images

Ia mempunyai katil bersaiz king bulat di dalamnya Kredit: Cover Images


Ia juga mempunyai panel solar, yang bermaksud ia tidak menggunakan bahan api atau air
Kredit: Cover Images


Pod ini juga mempunyai solarium, bilik rehat dan bilik mandi
Kredit: Cover Images

Bilik mandi bulat mempunyai kedua-dua air tawar dan air laut di dalamnya
Kredit: Cover Images

Credit: Cover Images


Solarium boleh memuatkan sehingga 12 orang pada satu masa
Kredit: Cover Images

 

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture