Dubai guna AI jawab persoalan agama, keluar fatwa

BANDAR raya Dubai melancarkan ‘Ifta Maya’ perkhidmatan dunia pertama menggunakan kepintaran buatan (AI) untuk mengeluarkan fatwa.
DUBAI. Bandar raya Dubai melancarkan ‘Ifta Maya’ kelmarin, yang dikatakan perkhidmatan dunia pertama menggunakan kepintaran buatan (AI) untuk mengeluarkan fatwa.
Ifta Maya akan menerima soalan secara langsung di internet dan membalas semula, bukan lagi sarjana Islam yang menjawab soalan menerusi telefon.
Buat masa ini, ia cuma mampu menjawab 205 soalan berkaitan solat, kata Ketua Bahagian Fatwa Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan (IACAD), Tariq Al Emadi.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika pelancaran rasmi Ifta Maya oleh IACAD di The Boulevard, Menara Emiriah, yang menyaksikan pameran tiga hari dibuat untuk pelawat mengalami sendiri pengalaman Ifta Maya.
Video juga dimainkan di pameran, menceritakan perkembangan penerbitan fatwa daripada pertemuan bersemuka, kepada menulis, menelefon, sidang video, emel, laman web dan kini, AI.
Dalam fasa pengenalan, perkhidmatan AI boleh didapati dalam bahasa Arab dan Inggeris, menerusi laman web IACAD, www.iacad.gov.ae, tetapi fasa seterusnya termasuk aplikasi WhatsApp dan meliputi lebih banyak topik seperti puasa, kebersihan dan wuduk, dan soal kewangan, antara lainnya, kata Al Emadi.
Lebih banyak bahasa juga akan ditambah pada masa hadapan.
Perkhidmatan itu dapat diakses di laman web IACAD dengan memetik butang ikon ‘Chat with us’ di bawah sudut kanan laman itu.
Sebaik pengguna memilih bahasa dikehendaki, mesej akan keluar: “Helo, Selamat Datang ke bantuan maya IACAD di Dubai, anda boleh bertanya soalan mengenai satu daripada topik berikut: Solat, Zakat, Kebersihan, Ibadat.”
Sebaik topik dipilih, satu lagi mesej berbunyi: “Kepada penyoal, jawapan kepada soalan anda dijana secara automatik menggunakan teknologi AI.
“Walaupun mengambil langkah berjaga-jaga, kesilapan mungkin berlaku.
“Sila hubungi kami jika ada kesalahan. Moga Allah memberi ganjaran.” — Agensi






















































![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini