Teh Assam paling mahal di dunia

HIRISAN daun teh jenama Maijan Orthodox Golden yang jarang ditemui dijual pada harga 141,002 rupee dalam satu lelongan di Guwahati, negeri Assam, India pada Rabu lalu.

Seorang peniaga misteri dari Belgium membeli teh itu melalui ejen tempatan, kata seorang pegawai.

GAMBAR fail tidak bertarikh menunjukkan ladang teh yang menghijau di Dibrugarh, negeri Assam, India.

Setiausaha Pusat Lelongan Teh Guwahati, Dinesh Bihani berkata, ia merupakan harga tertinggi lelongan sekali gus mengatasi harga 50,000 rupee (RM2,984) sekilogram yang dibayar untuk teh Manohari Golden pada hari sebelumnya.

Pembeli dari Jerman, Britain, Amerika Syarikat dan Iran aktif dalam pasaran Assam, manakala harga lebih tinggi dipercayai dibayar dalam jualan persendirian.

Maijan Orthodox datang dari pokok-pokok teh berusia 100 tahun di ladang teh milik Assam Company India Limited yang merupakan antara perusahaan teh tertua di dunia. – AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture