Bekas Datuk Bandar sorok 13.5 tan emas dalam rumah
Kini disiasat pihak berkuasa China atas kesalahan jenayah ekonomi

SEBAHAGIAN jongkong emas yang ditemui di kediaman Qi di Bandar Haikou, China, baru-baru ini.

Beijing. – Seorang bekas Datuk Bandar, Zhang Qi disiasat Suruhanjaya Pengawasan Kebangsaan selepas 13.5 tan jongkong emas bernilai kira-kira AS$500 juta dan wang tunai AS$37 juta ditemui polis di bilik bawah tanah rumahnya di Bandar Haikou, Pulau Hainan baru-baru ini, lapor akhbar Daily Star.

Pihak berkuasa juga mendapati bekas Datuk Bandar yang me­rupakan pegawai kanan Parti Komunis itu turut memiliki pelbagai hartanah mewah di China.

Di negara berkenaan, pegawai kerajaan yang didapati bersalah melakukan jenayah ekonomi berdepan dengan hukuman mati.

Klip video yang dirakam pihak berkuasa di kediaman Qi menunjukkan anggota-anggota penyiasat memeriksa timbunan jongkong emas tersebut.

Sebahagian jongkong emas itu ditemui bertimbun di atas lantai, manakala sebilangan lagi di­sembunyikan di dalam beg di atas rak logam.

Wang tunai dalam bentuk mata wang asing seperti dolar, yuan dan euro turut ditemui di kediaman tersebut. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture