Bongkah ais gergasi terpisah dari Antartika

IMEJ radar menunjukkan rak ais Amery berkeluasan 1,636km persegi yang terpisah di timur Antartika pada Khamis lalu. – AGENSI

Washington. – Lebih 1,500 kilometer persegi bongkah ais pecah dan terpisah dari Benua Antartika beberapa hari lalu tetapi fenomena itu merupakan kitaran normal dan tiada kaitan dengan perubahan iklim, kata beberapa saintis.

Bongkah ais yang diberi nama D28 itu terpisah daripada Rak Ais Amery antara 24 dan 25 September lepas, demikian menurut pemerhatian satelit Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Menurut program Copernicus Eropah, bongkah ais besar itu berukuran 1,582 kilo­meter persegi.

Ia setebal kira-kira 210 meter dan mengandungi 315 juta tan ais, kata pakar glasier AS, Helen Amanda Fricker.

“Rak ais perlu hilangkan jisim selepas jisimnya bertambah. Ia mahu berada pada saiz yang sama,” kata Fricker yang merupakan seorang profesor di Universiti California. – AFP

Sumber : Kosmo!Online

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture