Gunung berapi Ulawun meletus lagi

GAMBAR yang dirakam semalam menunjukkan Gunung Ulawun di Papua New Guinea meletus dan menghamburkan awan abu ke

Kokopo, Papua New Guinea – Gunung berapi Ulawun di Papua New Guinea meletus awal semalam, menghamburkan lahar merah ke langit dan memaksa penduduk yang pulang baru-baru ini berpindah semula.

Gunung Ulawun yang terletak di Gugusan Pulau Bismarck, mengakibatkan antara 7,000 hingga 13,000 orang meninggalkan kediaman masing-masing apabila ia meletus pada Jun lepas.

Aktiviti seismik bermula tengah hari kelmarin sebelum gunung berapi itu meletus sekitar pukul 4.30 pagi semalam (waktu tempatan), kata Timbalan Pe­ngarah Pusat Pemerhatian Gunung Berapi Rabaul, Ima Itikarai.

“Gunung berapi itu tidak mengeluarkan bunyi, manakala letusan kelihatan seperti warna merah bersinar yang naik ke udara,” katanya kepada agensi be­rita AFP.

Ketika fajar menyingsing, awan abu berwarna kelabu menghambur setinggi beberapa ratus meter ke udara, katanya, manakala warga tempatan, Chris Lagi­sa berkata, penduduk boleh mendengar bunyi pancutan gas dan lahar mengalir.

Gunung berapi itu merupakan antara paling berbahaya di dunia dan berada dalam senarai 16 ‘Gunung Berapi Dekad’ yang menjadi sasaran penyelidikan ke­rana berisiko mencetuskan letupan besar dan ganas. – AFP

Sumber : Kosmo!Online

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture