Telefon meletup ketika tidur – Pelajar wanita meninggal dunia

Murid sekolah itu ditemui mati selepas bateri telefon bimbitnya meletop dan terbakar Kredit: East2west News

Bastobe, Kazakhstan – Seorang pelajar wanita meninggal dunia semasa tidur selepas telefon pintar yang dicas oleh mangsa meletup di atas bantalnya, lapor akhbar The Sun.

Ketika kejadian baru-baru ini, Alua Asetkyzy Abzalbek, 14, tidur di atas katil sambil mendengar muzik di kediamannya di Kampung Bastobe, Kazakhstan.

Alua Asetkyzy Abzalbek, 14, tidur sambil mendengar muzik di rumahnya di Bastobe, Kazakhstan Kredit: East2west News

Keesokan harinya, Alua ditemui mati selepas bateri telefon itu meletup hampir dengan kepalanya.

Polis mengesahkan bahawa telefon pintar mangsa sedang dicas semasa kejadian. Remaja perempuan itu dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala akibat letupan itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pakar-pakar forensik kemudian mengesahkan bahawa telefon pintar itu meletup pada dini hari selepas menjadi terlampau panas ketika dicas, manakala letupan itu menyebabkan kematian mangsa, demikian menurut laporan akhbar tempatan.

Kematian remaja itu dianggap sebagai kemalangan tragis, manakala jenama telefon pintar tersebut belum didedahkan kepada umum.

“Saya masih sukar mempercayainya. Anda adalah yang terbaik. Kita berkawan sejak dari kecil,” kata rakan mangsa, Ayazhan Dolasheva, 15, dalam statusnya di media sosial. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture