Pendatang Vietnam berhutang, pertaruh nyawa demi ‘syurga’ Eropah

Gambar fail kejadian kes kematian 39 individu dalam sebuah trak peti dan konspirasi membunuh serta penyeludupan manusia berlaku di London pada 23 Oktober lalu. – Foto AFP
HANOI: Golongan muda, bercita-cita tinggi dan berasal daripada keluarga miskin Vietnam antara kelompok yang sanggup berhutang serta menggadai nyawa mengembara ke Eropah, meredah laluan ‘tikus’ pemerdagangan manusia, jauh daripada kampung halaman semata-mata untuk mengejar mimpi.
Bahaya merentas secara haram ke Eropah terbongkar minggu ini apabila 31 lelaki dan lapan wanita ditemui mati di dalam trak sejuk beku di Britain.
Polis Britain baru-baru ini memaklumkan semua mangsa dikatakan rakyat China tetapi kini timbul kebimbangan bahawa mereka adalah sebenarnya dari Vietnam.
Kebanyakan pendatang Vietnam datang dari wilayah tengah, kawasan yang dijadikan penyeludup untuk ‘mempengaruhi’ golongan muda mendapatkan pekerjaan di luar negara.
Bosan dengan kehidupan kampung dan kekurangan peluang, menyebabkan mereka lebih tertarik dengan gaya hidup mewah di luar negara hingga sanggup menyertai perjalanan jauh yang berbahaya.
Kelompok ini terdiri daripada golongan muda berusia bawah 30-an yang sangat taksub dengan media sosial, kebanyakan mengikuti perkembangan saudara atau kawan yang berada di United Kingdom, Perancis dan Jerman – entri di Facebook serta jumlah wang yang dihantar ke kampung sudah cukup menjadi bukti bahawa penghijrahan yang mereka lakukan itu menguntungkan.
Kebanyakan kumpulan penyeludup menggunakan rangkaian di beberapa bandar utama Vietnam yang jauh di pedalaman dan di Eropah timur dengan mengenakan bayaran sehingga AS$40,000 (SGD54,468) sebagai jaminan untuk keluar daripada kemiskinan hidup, hingga memaksa mereka meminjam daripada saudara-mara atau pemiutang.
“Penyeludup kebanyakannya menceritakan kehidupan yang indah di Britain,” kata pakar migrasi berpangkalan di Paris, Nadia Sebtaoui kepada AFP.
Mereka sering dijanjikan gaji pokok sehingga £3,000 (SGD4,085) sebulan, tiga kali ganda pendapatan tahunan di wilayah paling miskin di Vietnam. Tetapi hakikat sebenarnya sering berbeza. – AFP






















































![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini