Lima maut akibat vape di AS

Pakar kini memberi tumpuan kepada produk minyak yang dijual di pasaran gelap (Gambar: Getty)
WASHINGTON – Sekurang-kurangnya lima orang maut di Amerika Syarikat (AS) kerana menghisap vape, menurut pihak berkuasa kelmarin, menjadikannya satu wabak yang menyebabkan ratusan orang menghidapi penyakit paru-paru dan menyebabkan beberapa remaja terpaksa dimasukkan ke hospital.
Pegawai Persekutuan menyatakan tiada bahan tunggal dikesan dalam semua sampel makmal yang dikaji, namun penyiasat di New York memaklumkan tumpuan kini diberikan terhadap produk kanabis rokok elektronik di pasaran gelap yang mengandungi minyak vitamin E.
Kelmarin, pihak berkuasa kesihatan di California dan Minnesota mengumumkan dua kematian berkait vape, kedua-dua mangsa berusia dan berada dalam keadaan tidak sihat. Salah seorang pesakit pernah menggunakan produk mengandungi Tetra Hydrocannibol (THC), sebatian yang sinonim dengan kanabis.
Ada lebih 450 kes yang berkemungkinan penyakit paru-paru berkait vape, lebih dua kali ganda angka dilaporkan pada minggu lalu, menurut Pemangku Timbalan Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bagi penyakit tidak berjangkit, Ileana Arias.

Seorang mangsa vape Simah Herman berakhir di hospital dan kini menggesa orang lain supaya tidak memulakan vaping yang boleh membunuh (Gambar: @ simahherman / Instagram)
Seorang pakar pulmonari di Carolina Utara, Daniel Fox berkata, pesakit yang diperiksanya menghidap pneumonia tidak berjangkit iaitu pneumonia lipoid, yang boleh berlaku apabila minyak atau bahan mengandungi sebatian organik memasuki paru-paru.
Jabatan kesihatan New York menyatakan, keputusan ujian makmal mendapati ada kandungan tinggi minyak vitamin E dalam kartrij kanabis digunakan oleh kesemua 34 orang di negeri berkenaan yang jatuh sakit selepas menggunakan rokok elektronik.
Asetat vitamin E lazimnya dimakan sebagai makanan tambahan kesihatan atau disapu pada kulit tetapi berbahaya apabila dihidu. – AFP






















































![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini