Lelong Robot tempur gergasi USD$1
Dikenali sebagai Eagle Prime, robot itu pernah muncul johan Liga Robot Gergasi dan bertarung menentang robot Kuratas setinggi 3.9 meter binaan firma Jepun, Suidobashi Heavy Industries pada tahun 2015.
MegaBots yang ditubuhkan menerusi projek dana awam Kickstarter, menjual robot mereka selepas diisytiharkan muflis ekoran gagal membayar faedah pinjaman bank, lapor akhbar Daily Mail.
Syarikat berkenaan membuat pinjaman untuk membina Prime Eagle, namun tidak mampu membuat bayaran balik faedah bank.
“Hai semua! Ia suatu perjalanan hebat. Kami menghargai sokongan semua orang. Tolong jangan sedih terhadap nasib kami.

SEORANG kakitangan MegaBots berdiri di hadapan robot tempur tersebut.
“Saya fikir saya bercakap untuk pasukan saya apabila mengatakan saya amat gembira hal ini berlaku. Sebaliknya, mari raikan pencapaian kami sehingga ini,” kata Megabots menerusi ruangan komen di YouTube.
Bidaan AS$1 (RM4.19) itu bagaimanapun meningkat lebih USD$50,000 (SGD$69,068) dalam tempoh beberapa jam.
Bagi kiriman antarabangsa, pelanggan perlu membayar sekurang-kurangnya USD$50,000 untuk caj penghantaran dan tempoh kiriman mengambil masa dua bulan.
Robot tempur itu dilengkapi senjata berfungsi sepenuhnya, fail-fail reka bentuk bantuan komputer (CAD) dan sebuah kontena penghantaran yang dipenuhi alat ganti akan menjadi hak pembeli yang berminat dan sanggup membayar harga lebih USD$51,000. – Agensi























































![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini