Pemuda kahwin nenek OKU untuk elak sertai kerahan tentera

Kondratyuk

Vinnitsa, Ukraine. – Sekumpulan pegawai Ukraine kini menyiasat dakwaan seorang pemuda berumur 24 tahun berkahwin dengan sepupunya berstatus orang kelainan upaya bagi mengelak diri daripada menyertai khidmat kerahan tentera, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.

Illarionovna

Alexander Kondratyuk, 24, mendakwa dia amat mencintai sepupunya yang berusia 81 tahun dan menafikan perkahwinan itu sebagai taktik mengelak diri daripada khidmat sebagai anggota tentera kerahan.

Pengerahan tentera di Ukraine adalah wajib walaupun ada beberapa pengecualian yang membenarkan orang ramai tidak menyertai perkhidmatan itu.

Jika menjaga isteri kelainan upaya dan boleh membuktikan perkahwinan serta keadaannya menggunakan dokumen rasmi, seseorang individu itu boleh dikecualikan daripada kerahan tentera.

Perkahwinan pasangan itu diadakan di perkampungan Baykovka dekat bandar Vinnitsa, barat tengah Ukraine.

Menjawab soalan wartawan mengenai perkahwinan mereka, Zinaida Illarionovna, 81, mengakui bahawa pasangannya merupakan suami yang baik dan mengambil berat tentang dirinya.

Beberapa jiran wanita tersebut mendakwa lelaki itu tidak pernah dilihat di kawasan berkenaan.

GAMBAR fail tidak bertarikh menunjukkan bahagian hadapan Pejabat Pesuruhjaya Vinnitsa yang terletak di bandar Vinnitsa, Ukraine.

“Lelaki itu mempunyai hak untuk menangguhkan penyertaan khidmat tentera kerana dia ialah penjaga orang kelainan upaya yang berdaftar,” kata Pesuruhjaya Aleksandr Danilyuk yang bertanggungjawab mengendalikan kerahan tentera di Pejabat Pesuruhjaya Vinnitsa. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture