Seorang lagi wanita menderita tangisan air mata ketulan kristal
Wanita tersebut, Satenik Kazaryan, 22, dari kampung Spandaryan di Armenia menitiskan sehingga 50 air mata bergerigi setiap hari dan memberitahu, keadaan itu begitu menyeksakan serta membuatkan hidupnya seperti ‘neraka.’

SEJUMLAH air mata ketulan kristal milik Kazaryan dikumpulkan dalam sebuah bekas plastik.
“Saya berada di klinik gigi dan berasa seperti debu memasuki mata.
“Ia menyakitkan. Saya pergi berjumpa pakar oftalmologi dan beberapa kristal diambil keluar daripada mata saya.
“Hari-hari hidup saya kini bertukar seperti neraka,” katanya.
Pada mulanya, ubat-ubatan seakan-akan membantu tetapi kini tangisan kristal keluar lebih kerap seperti mana yang ditunjukkan di saluran Mir24.tv.
“Semua doktor berasa terkejut.
“Mereka belum pernah menemui penyakit seperti itu dan tidak tahu bagaimana untuk merawatnya. Doktor-doktor juga tidak pernah mendiagnosis (penyakit) itu,” katanya.
Pakar-pakar telah menghantar kristal tersebut untuk dianalisis tetapi sehingga kini jenis penyakit itu belum dikenal pasti.
Satu daripada cadangan yang diterima adalah menghantar wanita itu ke luar negara untuk didiagnosis dan mendapatkan rawatan tetapi laporan mengatakan keluarga Kazaryan adalah miskin serta bekerja sebagai petani. – Agensi
Kes hampir serupa juga pernah berlaku pada tahun 2015 di Lubnan dan berikut adalah ceritanya dan video nya.
Sebuah keluarga di Lubnan mendakwa pada hari Rabu (2/10/2015) bahawa anak perempuan mereka
mengalami keajaiban dari Tuhan.
Dia menumpahkan sehingga sepuluh keping airmata kaca setiap hari dari matanya tanpa menyebabkan sebarang kerosakan.
Hasnaa Muslumani, seorang gadis berumur dua belas tahun yang tinggal di Fakha, mengatakan fenomena yang luar biasa itu bermula pada 28 Mac tahun itu ketika dia bangun pada suatu pagi dan merasa sakit di matanya dan sesuatu keluar darinya.
Ibunya membawanya ke hospital dan Dr Ahmed Araji dilaporkan mengambil tiga keping kaca besar dari matanya.
Sejak pulang ke rumahnya, Hasnaa dilaporkan menumpahkan kira-kira 7-8 kepingan airmata kaca setiap hari dan sementara ibu bapanya mendakwa bahawa ia adalah keajaiban dari Tuhan, Dr Araji mengatakan bahawa ayah gadis itu pernah memecahkan gelas berhampiran anak perempuannya itu beberapa bulan yang lalu dan itulah mungkin yang bertanggungjawab menyebabkannya.
Beliau berkata walaupun jumlah kaca yang keluar dari mata gadis itu telah menimbulkan kebimbangan kepada doktor, mesti ada penjelasan perubatan.
Orang ramai yang percaya bahawa itu adalah suatu keajaiban datang melawat Hasnaa setiap hari untuk mengambil beberapa keping kaca yang keluar dari matanya.























































![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini